Friday 9 December 2011

pengenalan





Kampung sepat atau dikenali sabagai pantai sepat dikalangan penduduk negeri pahang
adalah sebuah perkampungan melayu yang terletak di persisiran laut china selatan.Meskipun terletak hanya 15km dari bandar kuantan,ibu negeri pahang,kampung sepat masih boleh dikatakan belum tercemar oleh arus pembangunan,Kampung sepat bukan sahaja mempunyai pantai yang cantik,alam semula jadi seperti sungai dan sawah yang masih terpelihara dan pengunjung pasti teruja apabila melihat ternakan seperti lembu,kerbau dan kambing melata menceriakan suasana damai kampung.Lebih unik,biarpun terletak di perisisiran pantai,penduduk disini tidak bergantung sepenuhnya kepada hasil laut sebagai sumber rezeki.sebaliknya ramai antara mereka merupakan penternak dan petani serta penjawat swasta dan kerajaan,malah ada diantara mereka menjalankan perniagaan sendiri dengan mengusahakan produk industri seperti minyak kelapa dara,kraf tangan.pembuatan makanan dan sebagainya.

Antara menarik di HOMESTAY PANTAI SEPAT:
- Pantai yang cantik dan luas,amat sesuai untuk pelbagi aktiviti riadah
- Laut,sungai dan lembah yang menyimpan pelbagia khazanah flora dan fauna
bagi pencinta alam semulajadi
- Ladang ternakan haiwan dan pertanian
- Suasana kampung yang tenang dan damai
- Pusat riadah untuk aktiviti menunggang kuda
- Aktiviti tarik pukat
- Aktiviti sukan pantai/sukan rakyat
- Pembuatan kuih dan makanan tradisional setempat
- Acara/persembahan kebudayaan